Anugerah tak ternilai :)





Bismillah.. entah kenapa tergerak hati untuk menulis dalam entry kali nie..dah bersawang dah laman sesawang yang satu nie..lama ditinggalkan, tak berjenguk :)
entry kali nie berkaitan JODOH. Ye, jodoh itu rahsia Allah :) selalu teringat akan satu pepatah dari Bella Dela Rosa " cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "..
Sebenarnya mood nak menulis pon tak ada..mampu mengadu dan meminta pada yang Satu saja :)

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..


ShaRiNg iS CaRinG :)


sharing is caring..caring is sharing..erkk..
hoho..pape pon xkisah da..jnji da caring-caring tue..hihi
yg sikit jadi banyak..yg lapar pon bley jadi kenyang..
itu lah sharing is caring bagi ku :)

"sayang kamu semua"

ukhwah fillah..












"kalau saya jadi airmata, saya ingin lahir dari mata awak,
hidup di pipi awak & mati di bibir awak..
tapi kalau awak jadi airmata saya, saya xkan menangis sebab
saya xnak kehilangan sahabat macam awak;)"


Thanx 2 all my beloved fwen yang da tuk diri nie saat susah, senang n tika saket jugak huhu
thanx sngt2 dan bersyukur sngt2 dapat sahabat mcm korang suma..
buat suraya yang pling disayangi, thanx sngt2 sebab da tuk sy..kak ton syang mekaceh sebab wat nawal gelak lg wlaupon perut nie saket sngt2 tym 2 huhu..
k.sara yang sngt2 caring, fasiha yang xkedekut bg pinjam kad kenek dlu hehe..
k.bibah yang cemas smpy urut2 kaki nie padahal perut nie yang saket actly akak..
tikah arif, tikah mahmud, suma skali laa..maaf klau nma xda kt cnie huhu..tapi mekaceh sngt2 tuk suma..sayang korang suma..huhu malu kn ary 2 nanges depan korang..sakettttttt sngt ary 2..thanx sahabat:)


Sahabat..kita berjumpa kerana takdir,
kita berkawan kerana sayang,
kita bersama kerana hati,
kita berpisah kerana cita-cita,
kita kekal kerana kuatnya ukhwah,
kita bergaduh kerana harga 1 ikatan,
TAPI..yang paling penting sumanya kerana ALLAH..
bukan mudah untuk kita berkawan,
bukan mudah untuk kekalkan,
bukan mudah untuk teruskan
bukan mudah sehingga sekarang
TAPI.. semuanya kerana ALLAH..
tanpa DIA x mungkin terjadi..
coretanku adalah biasa bagi orang yang buta matanya,
satu lakaran hati,
satu rahsia rasa bagi insan yang daif yang mempunyai
sejuta maksud pada jiwa yang memahami..

..KiTa X SeDar..

KadAng-KadaNg KitA TaK SeDar,
Ade oRaNg LaeN YanG MeNyaYanGi KitA,
Tapi KitA TaK PerNah PeduLikaN diA,
DaN KitA TaK PerNah SeDar,
KitA BuKaNnya SemPurNA,
UntuK MenDapaTkaN oRaNg YanG SaNgAt-sAnGat
SemPurNa DaLam HiduP KitA..
DaN KitA BukaNnyA sApE-SapE UntuK buAt
oRanG MenYayaNgi KitA,
MaCam KitA SaYanG KaT diA..

renungan bersama..



"Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaek.

Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu

sebaeknya (^_^)


^^ Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tidak sehebat SULAIMAN...

Tidak perlu seteguh IBRAHIM, andai diri tidak sekuat HAJAR..

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tidak setulus ZULAIKHA..

Mengapa didamba teman hidup sehebat KHADIJAH, andai tidak sesempurna RASUL

ALLAH S.A.W...^^

Qaulul Hukama'..


Kata-kata hikmah..


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul
kita akn tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang laen akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita..


Kawan yang paling baek ialah seseorang yang anda boley duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami..


Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang..


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda..

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang,
tetapi ia mengambil masa sepanjang idop untuk melupakan seseorang..


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu,
jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum...


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui, dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda salah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia..


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang laen juga..


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaek. Mereka hanya membuat yang terbaek dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan idop mereka..

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boley menghargai kepentingan manusia yang boley menyentuh idop mereka..