Qaulul Hukama'..


Kata-kata hikmah..


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul
kita akn tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang laen akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita..


Kawan yang paling baek ialah seseorang yang anda boley duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami..


Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang..


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda..

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang,
tetapi ia mengambil masa sepanjang idop untuk melupakan seseorang..


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu,
jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum...


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui, dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan..


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda salah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia..


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang laen juga..


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaek. Mereka hanya membuat yang terbaek dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan idop mereka..

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boley menghargai kepentingan manusia yang boley menyentuh idop mereka..


0 Responses